Isnin, 9 Julai 2018

WASIAT DAN PENGAJARAN SUAMI

WASIAT DAN PENGAJARAN SUAMI 

Ketahuilah bahwa, setiap suami hendaknya bijak dalam memberi pengajaran atau wasiat-wasiat kebajikan kepada isterinya. Rasulullah S.A.W mengingatkan :

“ROHIMALLAHU ROJULAN QOOLA YAA AHLAAHU SHOLAA TAKUM SHIYAA MAKUM DZAKAA TAKUM MISKIINAKUM YATIIMAKUM JIIROONAKUM LA’ALLAKUM MA’AHUM FIL JANNATI. ” Artinya: “Mudah- mudahan Allah merahmati seorang suami yang mengingatkan isterinya, ‘HAI ISTRIKU, JAGALAH SOLATMU, PUASAMU, ZAKATMU. KASIHANILAH ORANG-ORANG MISKIN DI ANTARAMU, PARA TETANGGAMU. MUDAH- MUDAHAN ALLAH MENGUMPULKAN KAMU BERSAMA MEREKA DI SYURGA’. ”

Hendaknya seorang suami selalu memperhatikan nafkahnya sesuai dengan kesanggupannya. Hendaknya suami selalu bersabar jika menerima cercaan isterinya, atau perilaku-perilaku tidak baik lainnya. Hendaknya suami mengasihani isterinya, yaitu dengan bentuk memberi pendidikan secara baik, ia seorang terpelajar. Sebab kaum wanita bagaimanapun diciptakan dalam keadaan serba kurang akal dan nipis beragama (kecuali hanya sedikit saja yang mempunyai akal panjang dan beragama kuat).

Tersebut dalam hadits:

“LAU LAA ANNALLAHA SATAROL MAR ATA BIL HAYAA ILAKAA NATS LAA TUSAA WII KAFFAN MIN TUROOBIN. ”

ertinya:

“Kalaulah bukan kerana Allah membuatkan penutup rasa malu bagi kaum wanita, nescaya harganya tidka dapat menyemai segenggam debu. (al- hadits).

Hendaknya seorang suami selalu menuntun isterinya pada jalan-jalan yang baik. Memberi pendidikan kepadanya berupa pengetahuan agama (Islam), meliputi hukum-hukum bersuci (Thaharah) dari hadats besar. Misalnya tentang haid dan nifas. Seorang isteri harus diberi pengetahuan tentang persoalan yang sangat penting itu. Sebab bagaimanapun masalah itu berhubungan erat dengan waktu-waktu shalat. 

Demikian pula memberikan pengajaran terhadap masalah ibadah. Meliputi ibadah fardhu (wajib) dan sunnahnya. Pengetahuan tentang solat, zakat, puasa dan haji. 

Jika seorang suami telah memberi pendidikan tentang persoalan maka tersebut, maka isteri tidak dibenarkan keluar rumah untuk bertanya kepada ulama. Tetapi kalau pengetahuan yang dimiliki suami tidak memadai, sebagai gantinya maka ia sendiri yang harus siap untuk selalu bertanya kepada ulama (orang yang mengerti ilmu agama). Ertinya, isteri tetap tidak diperkenankan keluar rumah. Namun, kalau suami tidak mempunyai untuk bertanya, maka isteri dibenarkan keluar rumah untuk bertanya tentang persoalan agama yang dibutuhkan. Hal itu malah menjadi kewajibannya, dan bahkan kalau suaminya melarang keluar berarti telah melakukan kamaksiatan (dosa). 

Tetapi isteri harus meminta izinnya lebih dulu jika sewaktu-waktu hendak belajar mengenai ilmu-ilmu tersebut. Isteri harus memperoleh keridhaan suaminya.

Sumber: Kitab Uqudul Lujain
Ikhlas dari : Tulip kehidupan

TIP KEKALKAN HUBUNGAN JARAK JAUH SUAMI ISTERI

Assalamualaikum wbt...

Dipetang yang nian indah ini,  bahkan hujan yang lebat membasahi bumi tetapi tidak memutuskan semangat dan idea saya yang mencurah curah. Untuk terus memberi Tip-tip untuk para Keluarga  Mengukuhkan Perhubungan yang Kian Jauh Menjadi Erat Untuk Kini dan Selamanya.  InsyaAllah

• Kerap Berhubung
   Dengan kerap berhubung akan membuatkan pasangan tidak akan rasa kesunyian.  Sentiasa membisikan kata-kata cinta dan sentiasa bertukar gambar membuatkan hati akan terasa terikat dengan si dia.

Berdoa
Mintak pada Allah SWT untuk jaga akan jodoh anda sehingga kekal ke hujung nyawa. Berdoa semoga hubungan anda dilindungi, minta agar hati dan perasaan dia hanya tetap pada anda sahaja. Allah suka hambanya berdoa, minta dan terus meminta.

• Percaya Sepenuhnya
Setia pada pasangan walau berapa jauh anda berada. Kesetiaan perlu ditanam dalam diri agar hubungan itu boleh kekal lama. Tidak kisah yang belum atau sudah berkahwin, perempuan atau lelaki, kedua-duanya perlu setia dalam perhubungan. Jangan biarkan oranh ketiga memusnahkan ikatan yang sudah lama anda bina.

Sedikit ilmu atau tip-tip yang saya telah kongsikan.
Ikhlas dari : Tulip Kehidupan

Cinta sejati. 💜


SIAPA YANG LAYAK MENDAPAT HAK PENJAGAAN ANAK SELEPAS BERCERAI

  HAK PENJAGAAN ANAK HADHANAH Hak penjagaan anak kecil juga dikenali sebagai hadhanah. Jika ibu bapa ingin tahu tentang hukum pen...