HAK PENJAGAAN ANAK HADHANAH
Hak penjagaan anak
kecil juga dikenali sebagai hadhanah. Jika ibu bapa ingin tahu tentang hukum
penjagaan anak diperolehi melalui satu hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah
bin ‘Amr ketika seorang wanita datang kepada Rasulullah dan berkata: “Wahai
Rasulullah, sesungguhnya anakku ini, perutku adalah tempatnya, puting susuku
adalah tempat minumnya dan pangkuanku adalah rumahnya sedangkan ayahnya telah
menceraikanku dan ingin merampasnya dariku.” Lalu Rasulullah SAW berkata
kepadanya: “Engkau lebih berhak terhadapnya selama engkau belum bernikah.”Maka,
hadis riwayat Abu Daud ini telah dijadikan dasar kepada pemberian hak penjagaan
anak kepada ibu jika berlakunya perceraian.
SYARAT PENJAGAAN BERIKUT:
· Seorang islam
· Sempurna akal
· Mampu memberi jagaan dan kasih sayang pada anak
· Berkelakuan baik dari segi akhlak islamiah
· Mampu menyediakan tempat tinggal yang selamat
· Seorang islam
· Sempurna akal
· Mampu memberi jagaan dan kasih sayang pada anak
· Berkelakuan baik dari segi akhlak islamiah
· Mampu menyediakan tempat tinggal yang selamat
j PERKARA YANG MENYEBABKAN IBU HILANG
HAK PENJAGAAN ANAK
- Jika si ibu berkahwin lain dengan
seseorang yang tiada pertalian darah dengan anaknya dan jika hal
sedemikian akan menjejaskan kebajikan si anak
- Jika
si ibu itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka
- Jika
si ibu berpindah ke tempat lain dengan tujuan untuk menjauhkan anak
daripada ayahnya
- Jika si ibu itu murtad
- Jika si ibu mengabaikan atau menganiaya anaknya
SELAIN IBU, SIAPA YANG LAYAK JAGA
ANAK DAN MENDAPAT HAK PENJAGAAN ANAK?
- Ibu
- Nenek
sebelah ibu dan ke atas
- Bapa
- Nenek
sebelah bapa dan ke atas
- Kakak
atau adik perempuan seibu sebapa
- Kakak
atau adik perempuan seibu
- Kakak
atau adik perempuan sebapa
- Anak
perempuan daripada kakak atau adik perempuan seibu sebapa
- Anak
perempuan daripada kakak atau adik seibu
- Anak
perempuan daripada kakak atau adik perempuan sebapa
- Mak
saudara sebelah ibu
- Mak
saudara sebelah bapa
- Waris
lelaki yang boleh menjadi warisnya
ARTIKEL
Benarkah ibu hanya dapat hak jaga anak perempuan
Soalan:
Suami mengatakan hak penjagaan anak lelaki tunggal
yang berusia 3 tahun akan diberi kepadanya sekiranya kami bercerai kerana ibu
hanya akan mendapat hak penjagaan untuk anak perempuan. Adakah saya tetap tidak
boleh mendapat hak penjagaan anak biarpun pendapatan saya lebih daripada cukup
untuk menyara kami dua beranak?
Inas
Ahmad Khidir,
Ujong
Pasir, Melaka.
Jawapan:
Hak
terhadap penjagaan anak sering kali menjadi persoalan apabila perceraian
timbul. Perlulah diingat bahawa dalam memberikan hak penjagaan ini, perkara
yang paling penting ialah kepentingan dan kebajikan anak itu. Ini merupakan hak
anak, bukannya hak ibubapa. Kami dapat rasakan bahawa puan keliru dengan apa
yang diperkatakan oleh suami puan. Oleh itu, adalah penting di sini kita rujuk
kepada apa yang diperkatakan dalam perundangan Islam. Rasulullah SAW selalu
menekankan bahawa ibu lebih berhak mendapat hak penjagaan ke atas anaknya.
Pengorbanan ibu itu amat mulia apabila dia mempertaruhkan nyawanya sendiri bagi
meneruskan zuriat kaumnya. Ini dapat dilihat melalui sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar yang berbunyi seperti berikut: "Bahawasanya
seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah SAW, bahawa anakku ini,
perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaankulah rumahnya tetapi
bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku".
Selepas mendengar aduan itu Rasulullah SAW bersabda, "Engkaulah yang lebih
berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain." (Riwayat Abu
Dawud)
Berhubung
soalan puan, selagi mana anak itu masih kecil dan belum mencapai umur mumayyiz,
puan sebagai ibu lebih berhak memelihara dan membesarkannya. Ini termaktub
dalam Seksyen 82 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002
yang menyebut: "ibu adalah yang paling berhak daripada segala orang bagi
menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga
selepas perkahwinannya dibubarkan."Dalam kes Zawiyah lwn Ruslan (1980
JLD1,2J.H) Yang Arif Khadi Besar Pulau Pinang Haji Harussani bin Haji Zakaria
memutuskan anak-anak yang belum mumayyiz diserah kepada ibunya berdasarkan
hujah Kitab Kifayah Al-Akhyar Juzu' 2 halaman 93 yang berbunyi seperti
berikut:"Apabila mencerai seorang lelaki akan isterinya dan ia mempunyai
anak dengan isteri itu maka si isteri berhak memelihara anak itu sehingga anak
itu berumur 7 tahun (mumayyiz)." Namun demikian, ada syarat-syarat yang
ditetapkan oleh undang-undang untuk menentukan sama ada seseorang itu layak
mendapat hak penjagaan. Syarat-syarat ini bertujuan supaya kebajikan dan
kepentingan anak terjamin.
-SYARAT KELAYAKAN DISENARAIKAN
DALAM SEKSYEN 83 ENAKMEN YANG SAMA, IAITU:
(a)
Dia seorang islam.
(b)
Dia sempurna akal.
(c)
Dia berumur yang melayakkan dia memberikan kepada kanak-kanak itu jagaan dan
kasih sayang yang diperlukan oleh kanak-kanak itu.
(d)
Dia berkelakuan baik dari segi akhlak islamiah.
(e)
Dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa
akibat buruk dari segi akhlak atau
jasmani.
Seperti
yang dapat kita lihat, undang-undang tidak menetapkan bahawa seorang ibu hanya
boleh menjaga anak perempuannya sahaja. Apa yang dinyatakan oleh suami puan
tidak benar sama sekali. Jelaslah di sini puan tidak perlu risau dengan
kata-kata suami puan sama ada puan bekerja atau tidak, itu tidak akan memberi
kesan kepada hak puan untuk memohon hak hadhanah. Perlulah ditekankan di sini
bahawa, walaupun hak hadhanah diberikan kepada ibu, bapa masih lagi
bertanggungjawab memberi nafkah kepada anaknya.
Tempoh Penjagaan Kanak-Kanak Yang
Ditetapkan Oleh Undang-Undang
Sekseyen 84(1) Akta Undang-undang Keluarga Islam
(Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] memperuntukkan bahawa hak hadinah
bagi menjaga seseorang kanak-kanak tamat apabila kanak-kanak itu mencapai umur
tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika
kanak-kanak itu perempuan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan hadinah,
membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur
sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak
itu perempuan. (2) Setelah tamatnya hak hadinah, penjagaan adalah turun kepada
bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka
kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau
bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.
HAK PENJAGAAN ANAK (HADANAH): DARI SEGI SIAPA
YANG LEBIH BERHAK MENURUT SYARA’ 1.
PENGERTIAN Dari sudut
bahasa, hadanah bererti menjaga dan mengasuh anak kecil dengan menanggung
nafkah dan mendidiknya. Perkataan hadanah diambil daripada perkataan al-hidn
yang bererti rusuk atau dada. Ia dikaitkan dengan pengasuhan kerana pada
kebiasaannya pengasuh meletakkan kanak-kanak yang diasuh di atas rusuknya atau
pangkuannya (Al-Sayyid Sabiq. 1994). Dari sudut syara’, erti hadanah diberikan
dengan berbagai definisi. Dalam mazhab al-Shafie ia disebut sebagai menjaga
orang yang tidak boleh bersendirian menguruskan dirinya daripada perkara yang
menyakitkannya kerana ia tidak mumayyiz lagi seperti kanak-kanak dan orang
besar yang gila. Juga dengan mendidiknya (mendidik orang yang dijaga) dengan
perkara yang memberin maslahah kepadanya sama ada berkaitan pemeliharaan
makanan, minuman dan sebagainya” (Dr. Mustafa Al-Khin, Dr. Mustafa Al-Buqha
& Dr. Ali Al-Syarbaji. 2000). Mazhab Hanafi pula mentakrifkan hadanah
sebagai mendidik kanak-kanak yang tidak dapat menguruskan diri sendiri menurut
umur tertentu oleh orang yang berhak terhadapnya, iaitu dikalangan keluarganya
(Ahmad Mahmud Al-Shafi’i. 1991). Ada juga pendapat yang mengatakan hadanah itu
adalah mengawal kanak-kanak kecil, orang lemah, orang gila atau orang yang
kurang waras daripada apa-apa bahaya yang boleh merosakkannya, menurut
kemampuan dengan cara mendidik dan menjaganya, seperti membersih tubuh
badannya, memberi makanan dan apa-apa jua yang boleh mendatangkan kerehatan
kepadanya.
HUKUM HADANAH
Hukum hadanah ke atas kanak-kanak adalah
wajib, kerana mengabaikannya bererti membiarkannya kepada bahaya dan
kebinasaan. Kewajipan hadanah ini lebih tertumpu kepada ibu, kerana ibu
mempunyai cirri-ciri dan sifat yang lebih sesuai untuk tujuan pengasuhan jika
dibandingkan dengan bapa, sekalipun bapa telah berkahwin lain. Lagipun seorang
ibu tiri tidak akan dapat mengasuh seorang kanak-kanak dengan sebaik mungkin
yang boleh dilakukan oleh ibu kandung. Berdasarkan kedudukan ini, Islam telah
menetapkan hak hadanah kepada seorang ibu. Nabi Muhammad s.a.w pernah
menetapkan hak hadanah kepada seorang ibu selama mana dia belum berkahwin lain.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Engkau lebih berhak terhadapnya
selama engkau belum berkahwin.” (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud) Hak dan
tanggungjawab ibu akan berterusan sehingga kanak-kanak tersebut mencapai umur
mumayyiz, iaitu 7 tahun. Setelah itu, kanak-kanak tersebut boleh membuat
pilihan samada ingin terus hidup bersama ibunya atau ingin hidup bersama
bapanya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Wahai anak! Ini bapamu dan
ini ibumu, peganglah tangan siapa yang kamu suka antara mereka berdua. Lalu
anak itu memegang tangan ibunya, lantas ibunya membawa ia pergi.” (Riwayat Imam
Ahmad
UPAH HADANAH
Mengenai upah hadanah, jika pengasuh merupakan
isteri yang diceraikan dan mendapat nafkah semasa idah, dia tidak berhak
mendapat upah hadanah. Dua perkara tidak harus dikumpulkan dalam satu masa,
iaitu upah dan nafkah. Manakala jika bekas isteri telah tamat iddah dan tidak
lagi mendapat apa-apa nafkah daripada bekas suaminya. Dia berhak mendapat upah
hadanah kerana dia telah menjalankan tugas bagi pihak bapa anaknya ataupun wali
anaknya. Jika pengasuh selain ibu anak itu, dia berhak mendapat upah bagi
pelbagai khidmatnya kepada kanak-kanak itu, seperti upah mengasuh, menyusu dan
upah itu tidak termasuk dalam nafkah yang diberikan kepada kanak-kanak itu,
kecuali dia rela mengasuh dengan percuma. Bayaran hadanah dikira bermula dari
hari mula bertugas. Bayaran ini dikira hutang jika tidak dibayar, dan ia tidak
akan gugur kecuali dengan membayarnya ataupun dihalalkannya. Pihak yang
bertanggungjawab membayar upah hadanah ialah pihak yang bertanggungjawab
menanggung nafkah kanak-kanak itu, kerana perbelanjaan upah hadanah dikira
sebagai sebahagian nafkah dan ia merupakan satu perkara yang wajib ke atas bapa
atau penjaganya.
KESIMPULAN
Daripada penjelasan syarat-syarat yang telah lalu, maka
jelaslah mejoriti ulama’ memberikan keutamaan orang yang memelihara kanak-kanak
hasil penceraian kepada mereka yang mempunyai akhlak yang mulia. Ianya adalah
bertujuan untuk memelihara kanak-kanak tersebut daripada sifat-sifat buruk yang
boleh merosakkan akhlak kanak-kanak. Jika ditinjau dari segi hak hadanah pula,
orang yang diutamakan adalah terdiri daripada saudara-saudara perempuan iaitu
ibu-ibu saudara kepada kanak-kanak itu, kerana hadis nabi s.a.w menyebut bahawa
status ibu saudara (al-khalah) adalah sama seperti ibu. Walaupun ada mazhab
fikah yang membolehkan orang kafir menjadi penjaga, tetapi mejoriti ulama’
mengatakan orang kafir tidak boleh menjadi penjaga kepada kanak-kanak itu,
lebih-lebih lagi mazhab Syafi’i yang mensyaratkan orang fasik tidak boleh
menjadi penjaga inikan lagi orang fasik. Oleh yang demikian, penjaga beragama
Islam, berakhlak mulia serta mempunyai pertalian ibu atau ibu saudara adalah
orang yang paling berhak dan yang lebih diutamakan untuk memelihara kanak-kanak
hasil daripada penceraian. Meskipun syara’ telah menetapkan bahawa, ibu
merupakan orang yang paling berhak terhadap hak dan tanggungjawab hadanah, hak
dan tanggungjawab tersebut tidak akan diberikan kepada seorang ibu itu sehingga
dia dapat memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sekiranya seorang ibu
itu tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, maka hak dan
tanggungjawab hadanahi tersebut akan jatuh kepada orang yang seterusnya
mengikut turutan yang telah ditetapkan. Walaupun terdapat beberapa perbezaan
dalam turutan hak dan tanggungjawab hadanah mengikut pendapat imam mazhab
fikah, namun di Malaysia pendapat imam Syafi’i lebih diutamakan berbanding
pendapat imam mazhab yang lain.
![]() |



